Friday, January 28, 2011

warkah bonda

Mak.

Dengan seluruh jiwa dan kasih sayang yang sarat di hati. Anak mak hendak mengambil peluang ni untuk mengabadikan apa yang terbuku didalam hati ini. Perasaan yang tak mampu Anak luahkan bila berdepan dengan Mak.

Mak.

Ampunkan anak Mak. Kerana tidak pernah membanggakan Mak. Apa yang Anak lakukan selama ini hanyalah mementingkan diri sendiri semata-mata. Anak Mak ini telah membiarkan ibunya. Anak Mak ini selalu melupai Ibunya. Anak Mak ini juga selalu melanggar nasihat Ibunya.

Mak.

Anak Mak ini mengambil masa terlalu lama untuk menyedari kesilapannya. Dan melewati tempoh yang panjang untuk mengisafinya.bila tiba masanya Anak sedar. Anak ini telah terlalu jauh dari Ibunya. Dan situasi yang menjarakkan kita membuat Anak tidak lagi betah untuk meluahkan apa yang dirasa. Rasa kasih, rasa rindu rasa kesal. Semua itu tidak mampu Anak luahkan.

Mak.

Anak Mak hidup sendirian sejak lama dahulu. Lalu membentuk peribadi yang sangat jauh dari kehendak mana-mana Ibu Bapa. Mak maafkan Anak.

Mak…lama dahulu waktu Anak masih di sekolah rendah. Anak pernah dapat no 2 dalam kelas. Waktu tu Anak Mak darjah 3. Anak teringin sangat nak tunjuk kat Mak. Tapi Mak tak ada. Tapi Anak faham kenapa Mak tak ada.

Mak tau waktu kecil semua orang selalu cakap, selalu mengejek Anak. Kata mereka “ Mak awak maner?...Awak tak ada Mak” Anak sakit Mak. Sakit sangat hati. Tapi Anak tak pernah salahkan Mak…..Anak tau Mak sayang Anak Mak.

Mak.

Ingat tak lama dulu kalau hari raya Mak ,Abah dan adik-adik akan balik beraya di kampung? Mak ingat tak? Selama di kampung Mak selalunya duduk dalam bilik saja. Mak jarang keluar. Masa tur Anak masih kecil. Semua orang fakir anak tidak faham apa-apa. Tapi Mak . Anak faham semuanya. Mereka tak suka pada Mak.Mereka nak pisahkan Mak dengan Anak. Mak…. Anak tak pernah salahkan Mak sebab jarang balik kampung jengok Anak. Sebab sebenarnya Anak tau yang Mak sakit bila balik. Mereka selalu sindir Mak. Mereka ingat Anak tak faham… tapi Anak faham Mak. Anak faham yang Mak selalu derita bila balik. Jadi Anak Mak dari sejak itu rasa sangat dendam sebenarnya dengan perbuatan mereka. Sejak dari itu Anak Mak jadi liar. Tapi Anak selalu berpura-pura depan semua orang. Berpura-pura yang Anak tak ambil perduli dengan semua itu.

Mak.

Ampunkan Anak Mak. Anak selalu buat hati Mak sedih, risau dan macam-macam lagi. Anak tak berniat macam tu.

Mak.

Anak ingat lagi masa hari penyampaian hadiah untuk sekolah tadika Anak. Masa tu penyampaian hadiah dibuat di Balai Raya Rumah Banjir Chenor. Jauh mak, untuk Anak yang berumur 6 tahun. Anak tumpang Mak Cik Ah. Lepas penyampaian hadiah semua orang pergi bawak hadiah tunjuk kat Mak Ayah diorang. Anak ingat lagi apa yang diorang bagi. Bekas pensil dan bekas air. Anak Cuma pegang. Suka dapat hadiah. Anak nak berlari tunjuk kat…. Tapi Anak tak tau nak tujuk pada sapa. Masa tu tak ada sapa. Anak Cuma datang tumpang orang. Tapi Anak tak salahkan Mak. Sebabnya Anak telah memahami keadaan Mak waktu itu.

Mak.

Mak selalu cerita penderitaan Mak dahulu. Anak pura-pura tak tahu dan dengar cerita Mak. Sebenarnya Anak ingat setiap perbuatan mereka pada Mak. Cuma Anak hendak melupakannya sebab Anak sangat sakit hati. Kerana Anak menyalahkan mereka sebab pisahkan Anak dari Mak. Walaupun Anak telah lama maafkan mereka, tapi hati Anak masih sakit Mak. Kerana merekalah yang membentuk peribadi Anak yang tak serupa Anak Mak yang lain.

Mak.

Sayangnya Mak pada Anak. Walau sejahat manapun Anak Mak. Mak tetap peluk Anak , tetap cium Anak setiap kali Anak balik jumpa Mak. Tapi masa dah berubah Mak. Keadaan dah tak sama….

Mak.

Kalau dulu Anak selalu mahu berada disamping Mak. Tapi waktu itu keadaan tak mengizinkan. Tapi sekarang lain pula ceritanya. Anak yang tak mampu untuk berdepan dengan Mak. Hati Anak selalu jer sebak bila balik. Anak rasa tak layak untuk Mak sayang Anak. Walaupun Anak Mak jahat, tapi Mak tetap sayang Anak. Mak tak pernah melihat kejahatan Anak, tapi sentiasa nampak pada kebaikannya. Mak terima Kasih Mak.

Mak

Maafkan Anak . sebab Anak tak tahu cara untuk berterima kasih dengan Mak.

Mak

Sampai di sini dulu untuk kali ini. Nanti Anak tulis lagi untuk Mak.

Mak…..selamat menyambut Hari Ibu ….Anak sayang dengan Mak.

No comments:

Post a Comment