Cantiknya seorang wanita itu ,
sebagai golis bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir mekar senyuman kosmetik ....
cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja
tidak pada kulit mulus menggebu terdedah...
Cantiknya seorang wanita itu ,
sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan ...
Cantiknya seorang wanita itu sebagai
isteri merempuh badai di sisi suami ....
Cantiknya seeorang wanita itu sebagamana
menjauhi persekongkolan ipar lamai ...
Cantiknya seorang wanita itu seperti mana membuai anak
ketika suami nyenyak dibuai mimpi ....
Cantik seorang wanita itu sebagai mentua
telus hati menagih kasih setara pada semua ....
Cantik seorang wanita itu sebagai nenek menjaring
teladan para ambia buat cucu cicit ....
Cantiknay seorang wanita sebagaimana warga tua
menghitung hari dengan selambar mashaf....
No comments:
Post a Comment